Pada 25 Mac 2021, semua guru dan staf SMK La Salle bertungkus lumus menyiapkan bilik-bilik darjah serta tanda laluan murid untuk kemasukan sekolah sesi 2021 yang akan bermula pada April 2021 ini. Walaupun dengan tenaga kerja yang terhad dan kurang, cikgu-cikgu tetap meneruskan kerja-kerja pembersihan, penyususanan serta perlabelan.
Tenaga kerja kurang kerana masih ramai cikgu yang terlibat menjaga SPM hari akhir serta cikgu-cikgu yang terlibat menanda kertas SPM juga tiada. Apapun kerja cikgu-cikgu pada hari ini sangat bagus dan terbaik. Semoga murid-murid selesa dan ikut SOP apabila sekolah bermula nanti.
You must be logged in to post a comment.