Pada 7 September 2020, SMK La Salle PJ telah menyambut Bulan Kemerdekaan 2020 yang bertema ‘’Malaysia Prihatin”. Majlis bermula dengan bacaan doa dan universal prayer. seterusnya dengan ucapan ringkas oleh pentadbir dan majlis berakhir dengan nyanyian lagu-lagu patriotik. Meskipun tahun ini tiada sambutan besar, perhimpunan rasmi, perbarisan atau perarakan sempena Hari kebangsaan ke-63 susulan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang belum berakhir, namun semangat memperingati tarikh keramat 31 OGOS sentiasa melekat dalam jiwa warga La Salle PJ. #malaysiaprihatin #SambutankemerdekaanPKPP
You must be logged in to post a comment.