Pada 18 September sekolah telah melancarkan Program Mentor Mentee bagi murid tingkatan 5. Program ini diadakan untuk membimbing murid-murid agar menjadi insan yang bertanggungjawab kepada diri, keluarga dan masyarakat. Program ini juga bertujuan mewujudkan budaya ‘caring’ atau mengambil berat dalam kalangan murid dan guru dengan menerapkan sifat bertolak ansur serta saling mempercayai antara satu sama lain.

selain itu program ini juga bertujuan untuk membantu murid mengenali potensi diri dan memperkembangkannya ke arah mencapai hasrat modal insan dan mempertingkatkan kecemerlangan sekolah dalam semua aspek.

%d bloggers like this: