Pada September 9 2020, pihak Sekolah Menengah Kebangsaan La Salle, Petaling Jaya telah menganjurkan Majlis Anugerah Bestari 2020. Majlis ini dirancang untuk diadakan pada April 2020, tetapi oleh kerana berlakunya Pandemik Covid-19, majlis ini ditunda. Dengan kerjasama barisan guru dan murid – murid majlis ini berjaya diadakan pada minggu lepas dalam situasi yang terkawal. Pihak penganjur telah mengambil langkah – langkah untuk menjaga penjarakan sosial antara pelajar dan guru. Pihak penganjur ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru dan ibu bapa yang telah membantu dalam proses persediaan dan tahniah kepada para penerima anugerah.
“Pemuda Harapan Bangsa”

[L to R] – Puan Habibah bt Hj Baba (Penolong Kanan Pentadbiran), En Ganapathy a/l Bass (Mantan Pengetua), Brother Augustine Julian (Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah), Dr Teh Lah Hoong (Pengetua SMK La Salle PJ)




You must be logged in to post a comment.