SESI persekolahan murid Tahun 5, Tahun 6, Tingkatan 6 Semester 1, kelas peralihan serta tingkatan 1 hingga 4 akan dibuka pada 15 Julai ini.
Bagi murid Tahun 1 hingga 4 pula sesi persekolahan akan bermula pada 22 Julai ini.
Menteri Kanan (Pendidikan) Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, tarikh pembukaan penuh sekolah itu membabitkan semua sekolah yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Beliau berkata, disebabkan ruang dan kapasiti setiap sekolah adalah berbeza, pengoperasian juga perlu dilaksanakan dengan menggunakan pendekatan berbeza mengikut kapasiti dan keupayaan sekolah.
“Selepas mengambil kira aspek penjarakan sosial, ada sekolah yang dapat menampung kehadiran murid seperti biasa dan ada juga yang sebaliknya. Berdasarkan analisis dan perincian yang dilaksanakan, KPM mengenal pasti tiga model pengoperasian pembukaan penuh sekolah yang perlu dijadikan panduan oleh pentadbir sekolah mengikut kesesuaian.
“Model pertama adalah Model Satu Sesi. Model ini ialah untuk sekolah yang mempunyai bilik darjah atau ruang yang mencukupi bagi menempatkan semua murid dalam satu sesi, selepas mengambil kira penjarakan sosial.
You must be logged in to post a comment.