Pada minggu ini bertempat di Smk Bandar Sri Damansara 2 telah berlansung Kejohanan Ragbi MSSD (menengah) bawah 18 tahun (2020)
Para pemain telah menjalani latihan yang sangat berdisiplin pada hari selasa dan khamis setiap minggu. Perlawanan persahabatan berlansung pada hari sabtu.Latihan pusat pula telah diadakan selama 3 hari sebelum kejohanan berlangsung.
Penantian selama 3 tahun akhirnya membuahkan hasil untuk pasukan ragbi bawah 18 tahun pada kali terakhir memenanginya pada tahun 2017. Pasukan ragbi bawah 18 tahun ini yang pada mulanya hanya diletakkan sasaran tempat ke 3 sahaja akhirnya mampu mencipta kejutan dengan kejayaan yang paling manis. Banyak kekangan yang terpaksa dihadapi kerana banyak acara sukan MSSD lain yang berlangsung serentak pada tahun ini. Pasukan Rubgy kehilangan beberapa tonggak pemain utama namun dengan pemain yang ada pada ketika ini mereka mempunyai semangat juang yang tinggi dalam mengharungi cabaran mssd kali ini. Hasil kerjasama berpasukan akhirnya membuahkan hasil dengan kejayaan ada tahun ini. Terima kasih kasih kepada pihak pentadbir sekolah yang banyak memberikan peluang untuk murid-murid ini untuk terus berlatih dan juga memberi kepercayaan kepada guru-guru ragbi untuk membimbing pasukan ini. Semoga dengan kejayaan ini akan lebih ramai murid diluar sana mengenali sukan ragbi dan berminat untuk menyertai pasukan ragbi smk la salle pj.



You must be logged in to post a comment.