Pada 22 Februari 2020, Pihak Sekolah Menengah Kebangsaaan La Salle, PJ telah mengadakan Kejohanan Merentas Desa tahun 2020. Merentas desa ini merupakan acara tahunan di sekolah malahan merupakan sukan yang amat mudah dan boleh disertai oleh semua murid. Ia juga memberikan peluang kepada murid-murid untuk terlibat dalam sukan semasa hayat mereka di bangku persekolahan. Tahniah kepada Rumah Philip yang memenangi Piala Johan Keseluruhan Merentas Desa. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan majlis ini secara langsung dan tidak langsung.












You must be logged in to post a comment.